Azlina Husin yang berusia 27 tahun telah
berkenalan dengan bakal suaminya itu sejak enam tahun yang lalu namun mereka berpisah
atas faktor kerja dan kembali rapat sejak dua tahun lalu. Keputusan untuk mereka berkahwin di buat pada
tahun ini namun segala-galanya mula hancur apabila abang kandung Azlina memberitahu
bahawa bakal suaminya yang berumur 29 itu sudah pernah berkahwin. Azlina yang pada mulanya tidak mempercayai
kenyataan abangnya itu langsung membuat semakan status bakal suaminya itu.
Beliau kemudiannya membuat semakan status
bakal suaminya itu bersama sama enam anggota keluarganya termasuk abang
kandungnya yang juga seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) di Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam), Terengganu. Selepas penipuannya terbongkar, ternyata
lelaki itu sememangnya pernah berkahwin sebelum ini. Azlina yang telah berjanji dengan keluarganya
untuk memutuskan hubungan mereka sekiranya perkara yang disangsikan mereka selama
ini adalah benar terus memberi kata putus kepada lelaki berkenaan agar hubungan
mereka cukup setakat itu sahaja.
Abang Azlina kemudiannya pergi keluar minum
bersama lelaki berkenaan. Kemudiannya,
seluruh keadaan menjadi huru-hara apabila ahli keluarga mereka mengetahui
tentang pembunuhan kejam abangnya yang ditikam sebanyak enam kali dengan pisau
oleh lelaki tersebut. Suspek kemudiannya
melarikan diri bersama seorang rakannya dengan kereta.
Beliau tidak menyangka bakal suaminya
sanggup berbuat demikian kerana sifatnya selama ini sering berlemah lembut dan
prihatin. Azlina sekeluarga berharap
suspek segera ditangkap kerana bimbang akan keselamatan ahli keluarga yang lain
sekiranya suspek masih bebas.
No comments:
Post a Comment