Pedofilia merupakan gangguan seksual
terhadap remaja atau kanak-kanak yang berumur 14 tahun ke bawah. Pemangsa kegiatan tidak bermoral ini
kebiasaannya berusia 16 tahun atau berusia lima tahun lebih tua daripada
mangsa. Secara umumnya, pedofilia ini
kegiatan keji yang melibatkan kanak-kanak.
Menurut Prof Robert J. Waldinger (psikiatri dari Harvard University),
kanak-kanak adalah antara kelompok penting bagi merapatkan hubungan di dalam keluarga
dan juga komuniti.
Beberapa faktor pedofilia telah diselidik
oleh pakar psikologi kanak-kanak. Punca
utama jenayah ini adalah kegagalan ibu bapa memainkan peranan dalam menyekat
pergaulan anak-anak tidak kira di antara berlainan mahupun sama jantina. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi lebih
berhati-hati dengan siapa anak mereka bermain atau berkawan agar mereka tidak
menjadi mangsa jenayah ini. Selain itu,
punca kepada kegilaan seksual terhadap kanak-kanak ini adalah disebabkan
pendedahan seks yang keterlaluan di media.
Terlalu banyak menonton atau melihat filem yang tidak bertapis akan
menimbulkan keinginan untuk mereka mencuba ‘perkara’ itu. Dengan itu, kerajaan perlu memainkan peranan
bagi menyekat kemasukan filem barat dan pihak penggubal undang-undang perlu
memastikan Akta Penapisan Filem 1952 dipinda semula agar semua filem luar
mahupun dalam negara ditapis dengan baik agar tidak menjejaskan pemikiran masyarakat.
Pihak media hendaklah
mendedahkan tentang pedofilia melalui pengiklanan Public Service
Announcement(PSA) yang penuh informasi secara agresif agar ibu bapa menyedari
hal ini tidak boleh dipandang remeh dan mengambil tindakan serta langkah
berjaga-jaga.

No comments:
Post a Comment